Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.
Aku tak tau kalau ada yang baca blog ni lagi. Aku pun tak tau awat tetiba teringat blog ni.
Saja nak update, maybe closure, maybe akan ada update lagi in distant future. Who knows? Hanya Allah saja yang tau.
Dulu aku stat buat blog ni ingat macam nak buat diari kehidupan di USM as a student circa 2009. Dah hampir 20 tahun. Kemudian ghuyub. Boleh la kot nak buat recap. Sorry kalau penulisan ni agak haywire. Aku pun tak tau sebab pa. Mungkin dah makin tua.
Aku graduate degree dari USM tahun 2013. Result ok2 ja berbanding classmates lain. Yes kehidupan as a degree student selalui dirindui berbanding masa lain. Masa tu la hang baru nak kenai orang luaq, baru nak berchenta dan sebagainya. Tapi aku tak semudah tu. Banyak jadi masa degree ni. Ada benda aku buat tanpa pengetahuan orang. Even parents aku. Aku tersepit. Aku diugut. Disebabkan nature aku suka mudahkan urusan orang tanpa fikir akibat dekat aku dan famili aku, aku teruskan. Yang syak awal adalah rumate aku sebab aku dah tak tinggal sebilik dengan dia secara tiba-tiba. Tak lama kemudian kantoi. Aku malu, walaupun benda tu kalau ikut hukum tak salah. Aku buat benda tanpa restu parents. Sebab tu orang kata, restu ibu ni penting.
Diperingkat awal ok, walaupun berita dah tersebar luas di dalam kalangan kawan2. Kemudian terkantoi pada tahun akhir. Abah terjumpa satu surat, kata aku tinggal di sekian-sekian belum bayar duit sewa. Habis. Kakak aku dan mak aku pulaukan aku. Hampir setengah tahun mak aku tak cakap langsung dengan aku. Aku sedih. Nak pujuk hati mak ambil masa yang sangat lama. Tapi alhamdulillah mak redha jugak akhirnya.
Perkara yang aku buat tu tak bertahan lama. Lepas 2013 aku terus buat master. Sebelum habis master aku dapat tawaran mengajar di negeri sebelah timur Malaysia. Orang yang paksa/ugut aku sebelum ni minta aku ambik posting tu, mak aku lebih prefer aku habiskan dan maybe sambung lagi tapi still terserah dekat aku. Aku pada peringkat awal buntu. Either ikut cakap dia atau ikut cakap mak. Aku dh fobia buat mak aku sedih. Aku pun nekad untuk tak posting ke sana, sebab bagi aku masa tu, redha mak penting. Dia (orang tu) tak setuju. Dia mula tinggikan suara, kata aku perlu support dia dan sebagainya. Aku kemudian kurang balik jumpa dia, tapi masih sebulan atau dua minggu sekali jumpa dia. Aku pesan dekat bekas kawan baik aku masa tu untuk tolong tengok-tengok kan dia sebab aku jauh.
Tak berapa lama kemudian dia bersuara. Dia nak berpisah, dia menyesal apa yang kami buat ni. Aku cuba selesaikan dengan cara baik, jumpa parents dia dan parents aku. Parents dia tak kisah dan ikut anaknya. Aku buntu. Kenapa parents dia tak cuba nak redakan dan selamatkan kami? Later, aku bawak jumpa parents aku. Mak aku kata takpa kita jumpa di luar sambil makan. Mak aku ni boleh kata pacifist, dia nak semua benda selesai dengan aman. Tapi tak bagi orang tu. Dengan selamba dan tanpa segan silu dia sebut "Mak cik, saya nak berpisah dengan dia". Aku kecewa. Mak sendiri dipanggil mak cik. Yang paling aku tak dapat maafkan dia, dia buat mak aku menangis. Aku sangat marah. Sudah la tak hormat aku, mak aku pun dia tak hormat. Aku nekad untuk berpisah dengan dia.
Aku minta dia mohon di mahkamah untuk berpisah. Aku dah benci. Aku tak redha apa yang dia buat sepanjang kami bersama. Dia wasap aku reply benda yang penting saja.
Di mahkamah, dia mula nak sedih nak salam minta ampun. Aku diam. Aku nak menangis, bukan sebab sedih tapi sebab benci dan marah yang teramat sangat. Dengan sekali lafaz, kami berpisah. Dia cuba nak sembang dengan aku lepas tu. Aku tak layan dan terus drive ke utara.
Aku mula depres. Tapi masih boleh bersembang dan senyum. Setahun kemudian, aku dapat berita bekas best friend aku nak menikah dengan dia. Baru aku tahu, bila aku minta dia tolong tengok-tengokkan dia, depa dah mula berhubung antara satu sama lain. Aku kecewa sebab aku pernah curhat dengan dia yg sorang lagi tu nak berpisah dengan aku. Tapi respon dia macam kaku. Now I'm connecting the dots. Kawan sendiri tikam belakang. Kawan dari sekolah.
Masa ni aku dh further ke PhD. I'm drowned in depression for like 4 years. Thinking about kms several times. Like I'm worthless pos. Taking daily pills. It's tiring. But my mom is there, my siblings is there and my supervisor always there for me. Thanks to God i have a powerful support system. I have met several people to reconnect but no chemistry, they think my condition is a burden.
Then in my final year before completing my thesis, i got reconnected back with someone i knew during my matrix years. We quickly clicked. She know my condition. Help me with my struggles and 2 years later, we got married.
Now I'm happily married, have a good job at one of public institution. Although still have some hiccups, still better than before. My parents proud, my in laws always in support. I can say I am happy. Alhamdulillah.
Them? I dunno. Haven't contact them for nearly 10 years. I hope they are doing fine.
Here for the next 10 years!
0 comments:
Post a Comment