Wednesday, April 27, 2011

Aku Seorang Muallim (Bakal)




Bismilllahirrahmanirrahim

Blog ini dinamakan sebagai Aku Seorang Guru. dgn harapan pada satu hari nanti, InsyaAllah tugasku mendidik masyarakat terutamanya dari bangku sekolah lagi. Klau dilihat pada masa dulu, cikgu memang cengei (garang) smpai ada satu kisah lama di mana cikgu tu baling kalam hingga ke kpala. Guru dihormati ketika itu. Tapi sekarang, dah laen. Guru jentik sikit dah masuk paper, panggil peguam, masuk court, masuk tv3 "Guru disyaki jentik budak hingga terasa sakit" dan macam-macam lagi. Siapa kata jadi cikgu senang?

Sebelum ni x pnah terpikir pn nk jd seorang guru. Mak pn dlu x encourage. Abah masih cool mcm besa. Cita-cita nak jd doc. Pegang dari kecik lg. Tapi bila sahaja melangkah ke alam sekolah menengah, cita-cita tu macam dah hilang. Bila ditanya dalam kelas, sat kata doktor, sat kata astronomer, kajicuaca, cikgu dan mcm-mcm lg. Sehingga satu ketika, seorang cikgu yang mengajar subjek Syariah Islamiyah klau x silap, dia ada buat satu perumpamaan tentang hadis nabi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
.وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat Dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak apa (tidak berdosa). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya di neraka (HR Bukhari)"

Daripada awal hadis itu, beliau kata bahawa setiap yang diberi itu adalah ilmu. Dan yang memberi ilmu itu adalah guru. Walaupun sedikit sahaja yang di ajar, dia tetap dianggap guru (Contoh kisah Imam Shafie terhadap gurunya). Role-model guru yang patut kita acknowledge yang sebenarnya ialah Al-Muallim yakni Muhammad s.a.w. serta Allah yang menciptakan segala ilmu di dalam dan luar dunia ini. Beliau juga ada menceritakan, tentang hadis nabi:

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu [1]sedeqah jariah, [2] ilmu yang diambil orang manfaatnya dan [3] anak yang soleh yang mendoakannya." (HR al-Bukhari)

Dimana, apabila seorang guru menyampaikan ilmu yang bermanfaat, ganjaran akan terus datang kepadanya walaupun dia sudah tiada di atas bumi Allah lagi. Bagiku, orang yang menjalankan MLM (Multi-Level Marketing) yang berjaya ialah insan yang bernama GURU. Sebab ilmu manfaat yang diberikan kepada seorang, jika diamalkan, guru tersebut akan dapat ganjaran. apa bila pelajarnya itu sampaikan ilmu yang diberikan oleh guru tadi kepada rakannya pula, Guru tersebut akan dapat ganjaran jugak. Semakin banyak "downline" yang dikumpul oleh seorang guru tadi, semakin banyak ganjaran di sisi Allah s.w.t yang dia akan dapat. MasyaAllah! Hebatnya seorang Guru ini.

Peringatan kepada diri sendiri, insyaAllah, apabila ilmu yang bermanfaat diterapkan, Allah telah sediakan ganjaran yang banyak dan berterusan, TETAPI, apabila ilmu yang mendatang mudharat disampaikn, siksa Allah akan menanti kelak dan berterusan. Na'uzubillahiminzalik.

Wallahu'alam

Bermula dari 16 Oktober 2009... lama tuh.


Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam 2-3 hari ni mcm2 jd. Tetiba terdetik nk bukak blog. Mgkin hidayah Allah nk bg. Igt first2 blog ni dh kna deletee sbb lma x bukak. Bla bkak arinih, msih ada. :D
Tgk entry tarikh las post. 16/10/2009...
Hampir 3 taun x bkak blog!
mgkin bz kot.

Bila tgk balik, beza 3 tahun lepas dgn sekarang. Time tu baru mula melangkah kaki dari zaman kanak-kanak slepas matrix dlu. Nmpk sgt dri ni kurg matang lg. Slepas hampir 3 tahun (ironinya baru tahun kedua di USM) alhamdulillah perubahan dalam dri tu ada. Seblom ni mmg agak budak2 sket, skg pn wallahu'alam ada or x dak dh. tp mgkin bebanan tanggungjawab yang dipikul dan amanah yg dipegang mendidik dri ni mnjadi org yg pndai berfikir bkn utk dri sndri tetapi juga utk org lain. Klau dulu slalu cr peluang utk tdoq, men gem dan sbgainya, tp skrg suma tu mcm dh tinggal kngn. byk terisi dgn bnda2 laen lg..

Harap dapat bermula dgn bnda yang baru mgkin lbih ilmiah dlm blog ni

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Aku Seorang Guru © 2011